Buat sahabat yang bergelar hawa sepertima diri ini,
renungkanlah untuk merendahkan dirimu
kepadaNya, Allah itu Maha Bijaksana dalam mengatur yang terbaik untuk kita. Usaha
untuk jadi diri yang terbaik.. supaya
mendapat yang terbaik.. insyaAllah.. ameen.. ^^
Wahai kaum hawa sekalian, andai kamu tidak dicintai dan
dihadiri lelaki, itu tidak bermaksud
diri tidak diingini.. usah kuatir kerana Cinta Allah itu pasti.. Hawa,tahukah
kamu wanita yang menjadi dambaan lelaki itu adalah wanita yang longgar jagaannya
dari Allah. Dekatkanla diri kepada Allah, pasti Cinta itu kau temui. Wanita solehah,
usahlah kau berharap akan cinta yang kau sendiri tidak pasti..DIAMKAN LELAKI
YANG KAU SUKAI, berdoalah pada Ilahi. InsyaAllah, kau pasti dicari..
Wahai hawa, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang
bijaksana itu tidak akan terpaut padamu hanya kerana kecantikan mahupun lirikan
senyuman, pada bicara manja yang menggoda , pada pujuk rayumu yang boleh
merintihkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu pasti ada kekurangannya.. Percayalah
hawa, adam yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan hari-hari
mu.. insyaAllah..
Wahai hawa, andai kamu terasa sunyi tanpa kehadiran adam
yang dicari..jangan risaukan akan jodohmu kerana telah tercatat seungkap nama
lelaki di Luh Mahfuz untuk menjadi pendamping dirimu. Dekatkan dirimu kepada
Allah wahai hawa, kerana keperibadian adam itu ditentukan oleh sejauh mana
ketinggian peribadimu. Jika kamu tetap berdiri diatas jalan yang benar,
InsyaAllah, adam itu turut dijalan yang sama..
Ya Allah, izinkan wanita-wanita ini menjadi sekuntum bunga
yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia yang harum wanginya dengan ilmu agama,
cantiknya kerana iman dan taqwa nya.. Ya Allah, timbulkanlah duri yang memagari
dirinya agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkn harumansejati,
yang memudarkan kecantikan diri, untuk Kau calonkan dirinya sebangai bivadari
di SyurgaMU.. Ameen.. ^^
Message from friends..to all others..
Edited by: Cik una; ceritamory.blogspot.com
0 Komen:
Post a Comment