07 June 2011

tiga ketagori cinta

Saya disini ingin berkongsi bersama kawan-kawan cebisan cerita yang dipetik dari sebuah novel Warkah Cinta Berbau SYurga yang dikarang oleh A. UBAIDILLAH ALIAS. Setiap kata-kata yang tersalin diatas harap dihalalkan oleh tuan empunya novel tersebut.. cebisan ini menceritakan tentang kategori-kategori cinta.. renung-renungkan..

“jika begitu kita memang tidak boleh bercinta ke ustaz?”
“Siapa kata tidak boleh? Bercinta didalam islam memang dibenarkan. Bahkan perasaan cinta itu fitrah manusia dan ia perlu disuburkan selalu.”
“tadi tidak boleh, sekarang boleh pula.ustaz buat ana keliru.”
“Begini, Profesor Abdullah Nasih Ulawan iaitu ulama besar dalamislam masa kini telah menulis di daalm bukunya bertajuk Cinta. Dia membahagikan cinta kepada 3 kategori. Pertama, cinta kepada Allah dan rasul. Ini adalah cinta yang mulia. Kedua, cinta sesama manusia. Di dalamnya ada cinta kepada ibu bapa dan cinta kepada isteri dan anak-anak. Cinta ini cinta biasa. Ia dibenarkan daalm agama. Ketiga, cinta nafsu iaitu cinta yang tidak berlandaskan oleh syariat. Ia semata-mata berpaksikan nafsu haiwan. Ini adalah cinta yang paling keji.ia dilarang sama sekali di dalam agama.
“ Jika ingin bercinta, lihat dulu dengan siapa kita bercinta. Kemudian, lihat pula caranya. Bercinta antara teruna dan dara dibolehkan dalam islam dengan mengikut batas-batas syariat. Ini kerana cinta antara teruna dan dara banyak dipesongkan oleh nafsu. Demi mengawalnya, seorang teruna dan dara perlu jelas tentang hukum syariat berkaitan pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi. Jika dia seorang yang jahil, pasti dia akan melanggar batas syariat,” Ustaz amdi berhujah panjang lebar.
                “kalau macam itu, susahla mahu bercinta antara teruna dan dara,” Amir bersuara.
                “memang susah. Tetapi jika kita bercinta dan dalam masa yang sama dapat menjaga batas-batasnya, insya-Allah kita akan mendapat ganjaran pahala yang besar. Dan pehala itu kita dapat menukarnya dengan Syurga Allah. Mahu dapatkan syurga bukan mudah. Jika enta mahu jadi lelaki yang baik. Enta perlu mendalami ilmu agama. Jika enta ingin bercinta, enta perlu tegas dalam persoalan hokum. Jika iman tidak kuat, jangan cuba bercinta. Ibarat kata, jangan bermain dengan api jika takut terbakar.”
                “Ana faham.”


0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright by UBGcreativeart