07 June 2011

kesalahan lelaki dalam memilih pasangan

Ini juga cebisan dari novel yang sama iaitu novel Warkah Cinta Berbau Syurga. Saya amat tertarik dengan kata-kata ustaz tersebut. Terasa ia juga boleh membantu kawan-kawan untuk mengubah diri menjadi lebih baik terutama kepada kaum hawa seperti ana. Renung-renungkan….

KESALAHAN PERTAMA:
Mengukur pada zahir.
Contohny apabila melihat yang cantik, terus berkenan.mudah tertipu pada luaran. Nabi juga  ada menyebut:
“Barangsiapa yang mengahwini wanita kerana kecantikannya,akan diharamkan ke atasnya hartanya dan kecantikannya.”
Jika ditanya tentang cinta pertama?? Cinta pertama kurang sesuai dijadikan ukuran dalam memilih pasanagn. Kita perlua ada penilaian yag lebih mendalam.

KESALAHAN KEDUA:
Mudah berkenan kepada public figure.
Biasanya lelaki suka memilih perempuan yang namanya disebut dikhalayak ramai sebab inginkn  populariti. Bukan semua, tapi kebanyakan.
Jika ditanya, artis cantik seperti Maya Karin itu tidak boleh kawin kah?? – bukan tidak boleh. Periksa dulu kenapa nama seseorang itu disebut-sebut. Jika kemasyhuran itu disebabkan ilmu dan agamanya, itu tidak mengapa. Jika sebaliknya, haruslah dijauhi.
Nabi melarang wanita supaya tidak mendedahkan suaranya, kecantikannya atau apa sahaja berkaitan dirinye terhadap umum. Malah haram bagi wanita memakai perfume yang boleh menarik jiwa lelaki.

KESALAHAN KETIGA:
Lelaki suka perempuan yang pandai berceloteh dengan lelaki. Biasanya perempuan sebegini kurang menjaga maruah, seolah-olah semua lelaki dia mahu tegur. Nabi ada bersabda:
“ Barang siapa yang banyak cakapnya, akan banyaklah dosanya. Barang siapa yang banyak dosanya. Maka api nerakalah yang paling layak untuknya.”
Yang menjadi persoalan sekarang, ramai bertanya bukankah bagus bersikap mesra alam? Yup, mesra alam itu sikap yang baik tetapi perlu tengok pada waktu dan tempatnya. Bukan semua orang boleh bermesra.
Kesimpulannya, kalau boleh, janganlah memilih wanita semata-mata kerana tiga ciri diatas.

Novel ini banyak memberi impak kepada diri ana, terima kasih kepada teman ana kerana  beri peluang untuk ana membacanya. Ia membuatkan ana berasa insaf.. (=,+)

 Renung-renungkan…


0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright by UBGcreativeart