25 December 2010

Pesanan buat si Dia..



 

Tolong beritahi si dia, aku ad pesanan buat si dia.
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia akn membuatnya Alpa.
Tolong beritahu si dia,jangan mencintaiku lebih daripada menyintai Yang Maha Esa..
Ya Allah, jika aku jatuh cinta
Cintakn lah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu..
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta..
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seorang yang hatinya tertaut padaMU
Agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar..
Tidajk berpaling daripada hatiMU.
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih daripada dia mengingati Yang Maha Kuasa.
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun,dan Dia member pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.
(QS: An-Nahl :78)
Tolong katakana pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…
Ya Allah, ampunilah bagiku segala dosaku dan juga kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku semasa kecil.
Tolong ingtkan si dia, aku terpikat kerana IMANnya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia aku ebih cintakan zuhudnya bukan harta..
(Kerana zuhud dan yakin menghilangkan tamak dan syak wasangka..)
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia bila dia mula mengagungkan cinta manusia.
Tolong tegur si dia bila dia tenggelam dalam angan-angan…
Tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya…
Tolong sedarkan si dia aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia aku masih milik keluarga..
Tolong ingtkan si dia,tanggungjawab besar pada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Kerana RINDU itu kurniaan Allah SWT..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…
Tolong ingtkan si dia, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya..
"dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang beriman." (Al- Imran : 139)
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia Berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong ingtkan si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Takkan kau rasai indahnya cinta, andai tiada cinta buat Yang Esa..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini akan terjaga selagidia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..
CINTA…
Lahirnya dari dua hati ..hadirnya tanpa dipaksa..
Ya Allah, aku telah jatuh cinta..!!!
Ya Allah Ya Tuhanku.. telah datang padaku seorang insane yang mengetuk pintu hati ini… Sekiranya dia adlah jodohku yang terbaik, Yang telah Engkau tetapkan buatku sejak dari kandungan ibuku lagi,maka permudahkanla urusanku.. permudahkan urusan si dia..dan permudahkanlah urusan kami berdua.. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..lindungila imanku Ya Allah, lindungilah iman dia Ya Allah, lindungilah Iman kami berdua sepanjang perhubungan ini.amin Ya Rabbal Alamin..

 
Cinta, karya indah ang pencipta
Dimulakan di syurga..
Dirasuk ke dalam jiwa Adam dan Hawa
Lalu dianak-pinakkan ke setiap jiwa
Dengan kadar yang berbeza…
Cinta sebenarnya tidak buta..
Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Yang buta adalah bila cinta menguasai dirimu
Tanpa suatu pertimbangan..
CINTA,MENYINTAI @DICINTAI itu…
Adalah lumrah sifat kejadian manusia.
Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada
Individu itu sendiri..
Pilihan adalah terpulang kepada kita,
Jika pilihan berlandaskan agama pastu hasilnya diberkati
Dan..
Sekiranya berlandaskan nafsu, pasti akan terhumban ke lembah kehinaan.
Jangan tertarik kpd seseorang kerana parasnya,
Sbb keelokan paras dapat menyesatkan..
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya,
Kerana kekayaan dapat musnah.
Tertariklah kpd seseorang yang dapat membuatmu tersenyum..
Kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. J

 

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright by UBGcreativeart